TERKINI

Guru SK Lemal bergotong-royong sedia makanan 84 calon UPSR

Guru SK Lemal bergotong-royong sedia makanan 84 calon UPSR

13/09/2017 5:11pm


Sebahagian guru tahun enam SK Lemal bersama-sama menyiapkan makanan untuk dihidangkan kepada calon UPSR 2017 di sekolah mereka.


PASIR MAS - Sekolah Kebangsaan (SK) Lemal di sini mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma pada pagi dan tengah hari untuk 84 murid yang merupakan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Guru Besar SK Lemal, Zakaria Sulaiman berkata, menariknya makanan tersebut dimasak sendiri oleh 16 orang guru yang mengajar murid tahun enam tersebut.

"Guru-guru tersebut akan memasak secara gotong-royong untuk dihidangkan kepada murid-murid berkenaan. Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan semua calon tersebut dapat menjalani peperiksaan dengan lancar.

"Kami para guru dan warga sekolah ini hanya mampu mendoakan agar murid-murid ini akan menjawab soalan dalam keadaan selesa sekaligus memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR nanti," katanya. - K! ONLINE.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31