TERKINI

10 warga Malaysia terbabit dalam kebakaran di Christchurch, New Zealand

10 warga Malaysia terbabit dalam kebakaran di Christchurch, New Zealand

13/09/2017 5:01pm


Keadaan rumah Airbnb di Clifton, Christchurch, New Zealand yang terbakar Ahad lalu sehingga menyebabkan dua daripada 10 rakyat Malaysia dikejarkan ke hospital. - Kredit foto STUFF


PUTRAJAYA - Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan 10 orang rakyat terbabit dalam kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand pada Ahad.

Wisma Putra berkata dua orang daripada mereka dikejarkan ke Hospital Umum Christchurch untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ia berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan mereka dan akan menghulurkan bantuan yang perlu.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat High Commission of Malaysia, Wellington 10, Washington Avenue, Brooklyn,

P.O. Box 9422, Wellington 6141 New Zealand dan hubungi talian 64-4-385 2439 / 64-4-801 5659 atau e-mel [email protected]

Kementerian Luar turut menyampaikan simpati kepada mangsa kebakaran.

Kebakaran turut memusnahkan rumah Airbnb yang disewa sekumpulan pelancong Malaysia yang turut berusaha memadam kebakaran yang bermula kira-kira 8.30 malam itu.

Dilaporkan api memusnahkan rumah kayu tiga tingkat di Clifton Terrace di tepi pantai di pinggir Sumner. Enam orang dibawa ke hospital dengan empat orang daripada mereka mengalami kecederaan sederhana dan dua kecederaan ringan. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31