TERKINI

Lelaki maut, rakan parah bertembung dengan lori

Lelaki maut, rakan parah bertembung dengan lori

13/09/2017 4:26pm


Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas kenderaan yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 22.7, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran sebuah pusat beli-belah di Puchong kira-kira pukul 7.05 pagi tadi.

Difahamkan kereta jenis Volkswagen Jetta berwarna putih itu dipandu laju rakan mangsa

di lorong sebelah kiri dan gagal mengelakkan sebuah lori di lorong yang sama sehingga menyebabkan pelanggaran dan terbabas ke bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Aminuddin Megat Alias berkata, kereta tersebut terbabas ke bahu jalan sebelah kanan manakala lori terbabit terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa, Lim Ji Qin yang juga penumpang kereta terbabit disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta, Tan Zi Xuan, 27 cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Serdang di sini dengan ambulan untuk rawatan selanjutnya.

“Semasa kejadian, cuaca di lokasi kejadian adalah cerah dan tiada sebarang bentuk halangan di atas permukaan jalan raya yang boleh menyebabkan pelanggaran dengan tidak sengaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Megat Aminuddin, pihaknya telah mengambil kenyataan daripada saksi yang berada di tempat kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32