TERKINI

Orang ramai mula ziarah Makam Sultan Abdul Halim 

Orang ramai mula ziarah Makam Sultan Abdul Halim 

13/09/2017 4:18pm


Orang ramai berdoa dan membacakan al-Quran di Makam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Makam Diraja Langgar di Alor Setar, Kedah.


ALOR SETAR - Orang ramai termasuk dalam kalangan kerabat diraja dan orang kenamaan tidak putus-putus menziarahi makam Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Makam Diraja Langgar di sini hari ini.

Makam Sultan Abdul Halim mula dikunjungi pada pukul 7.30 pagi ini sebelum makam tersebut ditutup pada pukul 6 petang.

Bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, beliau datang menziarahi makam Sultan Abdul Halim bersama lima pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Ar-Riyaadah.

"Kami baca al-Quran dan buat tahlil untuk Almarhum Sultan Kedah yang mana setiap pelajar tahfiz membacakan dua juzuk al-Quran," katanya ketika ditemui di Makam Diraja Langgar di sini hari ini.

Penduduk Kampung Keramat, Langgar di sini, Yusup Ahmad, 65, berkata, dia menziarahi makam Sultan Abdul Halim kerana tidak dapat berbuat demikian pada semalam kerana orang terlalu ramai.

"Saya berasa sangat sedih dengan kemangkatan Sultan Abdul Halim dan mendoakan agar Sultan Kedah yang berjiwa rakyat ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya yang juga bilal Masjid Nurul Ehsan, Langgar di sini dengan nada sebak. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32