TERKINI

TUDM siap sedia laksana Misi Kemanusiaan bantu Rohingya di Bangladesh

TUDM siap sedia laksana Misi Kemanusiaan bantu Rohingya di Bangladesh

13/09/2017 5:23pm


Affendi Buang


SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Panglima TUDM Tan Sri Affendi Buang berkata pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanakan arahan penghantaran bekalan sekali lagi, jika diminta kerajaan.

"(Sabtu lepas) telah dilaksanakan misi kemanusiaan pertama, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.

"Kami akan pilih antara dua aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan 'Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga' di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.

Pada 9 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Misi Kemanusiaan - Negaraku Prihatin, menggunakan dua pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 63