TERKINI

Tiga lelaki maut, Toyota Hilux bertembung dengan lori kargo

Tiga lelaki maut, Toyota Hilux bertembung dengan lori kargo

13/09/2017 2:31pm


Keadaan kemalangan yang mengorbankan tiga lelaki.


BINTULU - Tiga lelaki termasuk dua warga China maut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kargo di Jalan Bintulu-Tatau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang maut dikenal pasti sebagai, Kong Tze Hua, 57; Zhao Shuguang 51; dan Hao Ping, 44.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, sebelum kejadian, Toyota Hilux yang dipandu Tze Hua dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke arah Tatau dari pusat bandar Bintulu.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori kargo dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Hilux di jalan tersebut.

"Impak pelanggaran yang kuat mengakibatkan kedua-dua kenderaan tersebut terhumban ke bahu jalan.

"Tiga daripada empat mangsa yang berada di dalam Toyota Hilux itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada anggota badan mereka," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Bingkok memberitahu, pemandu serta kelindan lori kargo itu pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Katanya, mayat ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31