TERKINI

Boeing, Malaysia Airlines meterai MoU untuk beli 16 pesawat

Boeing, Malaysia Airlines meterai MoU untuk beli 16 pesawat

13/09/2017 2:02pm


Najib hadir bagi menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Kevin McAllister (duduk, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB, Peter Bellew (duduk, kanan) di hotel St Regis hari ini.


KUALA LUMPUR - Boeing dan Malaysia Airlines menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membeli 16 pesawat masing-masing lapan 787 Dreamliners dan 737 MAXs, di Washington D.C hari ini.

Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Najib Tun Razak, serta para pegawai dari Malaysia Airlines dan Boeing.

Pengumuman itu termasuk lapan 787-9 Dreamliners dengan mengubah tempahan lapan pesawat Boeing 737 MAX Malaysia Airlines yang sedia ada serta tambahan lapan hak pembelian 737 MAX 8s, selain perkhidmatan Global Fleet Care Boeing bagi mengurus kumpulan pesawat syarikat penerbangan itu yang sedia ada dan pesawat Boeing yang akan datang, kata Boeing dalam kenyataan yang dikeluarkan di Washington hari ini.

Boeing Global Fleet Care menyediakan penyelesaian dalam bentuk program Kejuruteraan, Bahan dan Penyelenggaraan untuk operator udara.

Apabila dimuktamadkan, perjanjian itu akan dipaparkan pada laman web ‘Tempahan dan Penyerahan’ Boeing, katanya.

"Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

McAllister berkata, 787 dan 737 MAX akan menyediakan Malaysia Airlines dengan pesawat yang cekap dari segi penjimatan bahan api, ekonomi serta pengalaman penumpang yang hebat yang tiada saingannya, ketika syarikat penerbangan itu mengembangkan perniagaan merentas Asia Tenggara dan melepasinya. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31