TERKINI

Bomba Sabah tunai impian Muhammad Faisul jadi ahli bomba

Bomba Sabah tunai impian Muhammad Faisul jadi ahli bomba

13/09/2017 1:42pm


Muhammad Faisul mencuba pancuran air bomba hari ini.


KOTA KINABALU - "Inilah hadiah hari jadi paling istimewa buat saya pada tahun ini."

Luahan tersebut lahir daripada Muhammad Faisul Iman Isma Yakub, 14, yang menghidap penyakit leukemia (ALL Pre B) sejak usia enam tahun apabila impiannya menyarungkan dan menjalani kehidupan sebagai ahli bomba tercapai.

Anak keempat daripada lima adik-beradik itu pantas mengukirkan senyuman sebaik sahaja melihat kehadiran pasukan anggota dan trak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas di perkarangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di sini hari ini. 

"Teruja kerana saya bukan sahaja berpeluang menyarungkan uniform malah diberikan kesempatan menaiki trak bomba dan dibawa bersiar-siar sekitar Taman Perumahan Kingfisher.

"Selain itu, aktiviti simulasi memadam kebakaran menggunakan hos sebenar juga merupakan momen manis buat saya," katanya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 8 Oktober depan.

Sementara itu, ibunya, Nora Zulkifli, 47, mengalirkan air mata terharu dan berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWSM) dan pihak hospital kerana merealisasikan impian anak keempatnya itu dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

"Sejak dari sekolah rendah, Muhammad Faisul bercita-cita untuk menjadi ahli bomba dan hari ini dia berpeluang merasai 'kehidupan' berkenaan walaupun dalam tempoh sejam," luahnya ketika ditemui Kosmo! sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47