TERKINI

Dua penjenayah gagal larikan mesin ATM

Dua penjenayah gagal larikan mesin ATM

13/09/2017 11:38am


Rakaman CCTV.


KLANG - Dua penjenayah berputih mata apabila gagal melarikan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Mohogani 5, Ambang Botanic di sini selepas cuba memecahkan menggunakan penukul dan besi panjang awal pagi semalam.

Kejadian berlaku pukul 5.01 pagi sewaktu bank tersebut tidak dikawal oleh pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua suspek yang memakai topi keledar penutup penuh dan pakaian serba hitam turun dari sebuah motosikal.

Katanya, kedua-dua suspek memegang besi panjang dan penukul.

"Dua penjenayah ini cuba menggunakan peralatan tersebut bagi mengumpil dan memecahkan mesin ATM selama 45 minit namun gagal.

"Suspek kemudian melarikan diri setelah ada orang awam meletakkan kenderaannya di hadapan bank tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi kejadiam menemui enam kesan cap jari dan hanya sebuah mesin ATM sahaja terlibat.

Jelasnya, tiada kerugian dilaporkan dan usaha memburu suspek sedang dilakukan pihaknya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan. - K!ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31