NEGARA

Lelaki mengamuk guna parang

Lelaki mengamuk guna parang


Suspek yang tidak berbaju ditahan polis selepas mengamuk dan merosakkan harta benda di sebuah restoran di Parit Buntar, semalam.


PARIT BUNTAR – Kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran di sini berdepan detik cemas apabila seorang lelaki secara tiba-tiba mengamuk di premis itu semalam.

Dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang mengamuk dan merosakkan beberapa peralatan di dalam restoran berkenaan.

Seorang saksi, Sharifuddin Ramli berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa rakannya sedang minum di luar restoran berkenaan sebelum dikejutkan dengan bunyi jeritan dari dalam premis itu.

“Lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek dilihat tiba-tiba mengamuk.

“Kira-kira 20 pelanggan yang berada di dalam restoran terus bertempiaran lari.

“Saya sempat melihat lelaki itu mengacukan parang yang dipegangnya ke arah orang ramai,” katanya ketika ditemui.

Sharifuddin memberitahu, orang ramai cuba menenangkan lelaki terbabit selama hampir 10 minit namun gagal apabila dia terus mencampakkan beberapa kerusi dan meja restoran.

Bagaimanapun, katanya, orang awam yang berada di situ tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31