NEGARA

Perangi pengganas habis-habisan

Perangi pengganas habis-habisan


NAJIB (tengah) dan Rosmah menyanyikan lagu ‘Aku Negaraku’ bersama pelajar Malaysia pada majlis makan malam di Washington kelmarin.


WASHINGTON – Malaysia akan sentiasa bergandingan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam misi penting melenyapkan satu kumpulan pengganas yang perbuatannya memualkan seluruh manusia bertamadun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sebagai rakan kongsi dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaskan Daesh, Malaysia menentang keganasan dengan menggalakkan kesederhanaan dan program nyahradikalisme yang mempunyai kadar kejayaan 90 peratus.

“Kami melakukannya menerusi perkongsian risikan dan langkah-langkah antikeganasan di rantau kami dan di luar sana. Saya bangga memaklumkan Polis Diraja Malaysia telah menggagalkan sekurang-kurangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012.

“Kami melakukannya dengan menjadi rakan dalam pakatan global yang di­terajui AS untuk menumpaskan Daesh dan melalui dialog strategik antara Kementerian Pertahanan dan Pentagon,” katanya dalam artikel bertajuk Perdana Menteri Malaysia: Trump, kami di belakang anda dalam menentang ISIS yang disiarkan oleh The Hill, laman sesawang politik utama AS, pada Isnin.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari dengan Perdana Menteri dijadualkan bertemu dan berbincang dengan Presiden Donald J, Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32