INFINITI

Taufan Irma lakar sejarah pemindahan terbesar dalam sejarah AS

Taufan Irma lakar sejarah pemindahan terbesar dalam sejarah AS


KEMUSNAHAN yang berlaku di Laut Caribbean akibat Taufan Irma.


LELAKI gelandangan itu mengerutkan mukanya, dia tidak bersedia untuk berpindah.

“Saya tahu tentang bandar ini, saya tinggal di South Beach, ini pulau saya.

“Saya tidak akan meninggalkannya, saya hanya akan pergi ke kawasan yang tidak dilanda taufan,” kata Philip, 39, saat diberitahu oleh sukarelawan bahawa dia perlu meninggalkan Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) kerana negeri itu dilanda Taufan Irma.

Kira-kira 5.6 juta penduduk Florida menyelamatkan diri pada Sabtu lalu apabila Taufan Irma diramal melanda kawasan itu baru-baru ini.

Miami bertukar menjadi bandar hantu selepas perpindahan penduduk yang dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah AS setelah pakar kaji cuaca menjangkakan Taufan Irma melanda Florida Keys dengan kelajuan angin 258 kilometer sejam serta menghasilkan ombak setinggi 3.66 meter.

Sebagai ribut kategori lima yang jarang berlaku, Gabenor Florida, Rick Scott menggesa penduduk agar segera berpindah.

Beliau turut memberi amaran kepada penduduk yang memilih untuk kekal berada di rumah masing-masing agar menanggung risiko sendiri.

“Apabila ribut taufan mula menyerang, tidak ada siapa yang dapat menyelamatkan anda.


SEORANG lelaki melintasi jalan yang dipenuhi air akibat Taufan Irma melanda kawasan kejiranan Jacksonville, Florida.


“Ini merupakan pemindahan terbesar dalam sejarah AS akibat taufan. Taufan ini berpotensi menyebabkan kemusnahan bernilai lebih AS$125 bilion (RM524 bilion),” ujarnya.

Nyawa

Seorang ejen hartanah, Scott Abraham, 40, pula memaklumkan kepada agensi berita AFP pada Ahad, dia mempunyai rancangan yang lebih baik iaitu menunggu ribut itu membadai sehingga ke tingkat lima daripada tujuh tingkat pangsapurinya, kemudian baharu dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Isteri saya membencinya apabila saya berkata demikian, dia berasakan seolah-olah saya hanya mementingkan diri sendiri daripada ingin menyelamatkan nyawa dia dan dua anak kami.

“Saya juga tidak mahu perkara itu berlaku tetapi satu-satunya masalah saya adalah anjing, saya tahu ia tidak dapat melakukannya (menyelamatkan diri),” tuturnya.

Di kebanyakan pulau, tiupan angin kencang menyebabkan bumbung-bumbung rumah berterbangan manakala kontena dan serpihan lain turut melayang.

Malah, banyak penerbangan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk. Rangkaian telefon bimbit dan internet turut terjejas teruk.


SEBAHAGIAN mangsa yang berada di tempat perlindungan berharap agar saudara-mara mereka dalam keadaan selamat.


Taufan Irma membadai pulau Caribbean pada minggu lalu selepas mendarat di Barbuda. Selepas membadai Barbuda, taufan itu membadai Saint Barthelemy, juga dikenali sebagai St. Barts dan Saint Martin iaitu pulau yang dibahagikan antara Perancis serta Belanda.

Menurut Pusat Badai Kebangsaan AS, semasa membadai Laut Caribbean, kira-kira 30 orang terbunuh dan angka itu dijangka meningkat.

Di Taman Wilayah Utara Collier, terdapat sebuah tempat perlindungan yang menempatkan mangsa taufan, mereka semua berasa cemas dan berdoa agar ahli keluarga yang masih berada di kawasan berpotensi dilanda ribut selamat.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) pula melaporkan, Amerika Syarikat pernah menyaksikan hanya tiga ribut kategori lima sejak 1981.

Katanya, Taufan Irma adalah lebih besar berbanding Taufan Andrew yang menjadi taufan kategori lima terakhir pernah melanda AS pada 1992.

Selepas Miami, Taufan Irma tiba di Pulau Marco dekat selatan Florida sebelum bergerak menuju ke Teluk.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 15