DIVA INTERAKTIF

Nora Danish didakwa sudah berbadan dua

Nora Danish didakwa sudah berbadan dua



PANAS betul cuaca hari ini. Tapi apa yang lagi panas apabila ada teman Diva malam-malam buta sanggup menelefon Diva untuk memberitahu berita yang katanya jauh lebih panas.

Diva difahamkan bahawa pelakon cantik, Nora Danish kini dengarnya sudah berbadan dua. Wow! Diva pada mulanya, macam sangsi juga. Tertanya-tanya, betul ke Nora sudah berbadan dua. Maklumlah, Diva sendiri tidak nampak lagi perubahan ketara pada bahagian perutnya itu.

Teman Diva itu berkali-kali mengatakan tak mungkin lah perkara itu ingin direka-reka. Lagipun, katanya, perkara tersebut pun keluar daripada mulut sumber yang boleh dipercayai iaitu dalam kalangan orang-orang sekeliling mereka juga.

Menurut sumber itu lagi, Diva difahamkan Nora kini sedang berada dalam fasa trimester pertama. Sebab itu tak berapa nak nampak perutnya lagi. Katanya, lagipun kalau nak umum pun biasanya apabila sudah masuk trimester kedua.

Ada betulnya juga. Maklumlah, orang-orang dulu kata kalau usia kandungan masih baharu lagi tak elok nak kecoh-kecoh sangat katanya. Sampaikan kawan Diva itu suruh Diva tengok dan perhatikan betul-betul gambar-gambar Nora sejak akhir-akhir ini.

Memang Diva perasan, baju-baju Nora Danish kelihatan sedikit longgar selain rekaan baju pun menutupi bahagian perutnya. Bahkan, di ruangan komen juga ada peminat yang mula perasan perubahan bentuk badan Nora seperti wanita hamil.

Perkara itu dikuatkan lagi apabila semalam, Diva perasan suaminya, Nedim tiba-tiba bertanyakan kepada pengikutnya di Instagram mengenai di mana dia boleh mendapatkan dodol. Wah, bunyinya kedengaran seperti ada yang mengidam. Sampaikan perkara itu pun turut dipersoalkan netizen adakah Nora sudah berbadan dua.

Wah, kalau betul apa yang Diva dengar ini, Diva nak ucap tahniah awal-awal. Lepas ini, makin meriahlah keluarga Nora.

Diva: Harap-harap AF Megastar dapat mencetuskan fenomena seperti mana Akademi Fantasia dan Gegar Vaganza. Cuma setakat ini, impaknya masih belum terasa.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47