AURA JUITA

Keistimewaan, keunikan tudung batik Kalorsuri

Keistimewaan, keunikan tudung batik Kalorsuri


Tudung batik Kolarsuri direka khas dengan ukuran sepanjang dua meter sehelai.


PELBAGAI gaya dan corak tudung direka bagi memenuhi keperluan wanita Muslimah.

Namun, gaya tudung yang diberi sentuhan tradisional dengan rekaan batik eksklusif kini semakin mendapat tempat di hati orang ramai, bukan sahaja golongan dewasa, malah menjadi kegilaan remaja.

Jenama yang makin dikenali ramai, Batik Kalorsuri mencuri perhatian dengan pelbagai pilihan koleksi tudung batik dari pelbagai corak dengan kualiti premium pada harga mampu milik.

Pengasasnya, Nik Haznita Yusuf yang merupakan Usahawan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka berkata, penggunaan material berkualiti dan eksklusif hasil seni ciptaannya menggunakan teknik ikatan, lipatan, gulungan, renyukan dan cerutan.

Katanya, pelbagai lagi teknik lain digunakan dalam menghasilkan corak abstrak yang menekankan elemen moden dengan gaya minimalis sekali gus membuatkan si pemakai tampak bergaya walau dengan sentuhan tradisional.

“Koleksi tudung dengan rekaan dan corak terkini yang diinspirasikan daripada konsep native ini mendapat sentuhan moden kontemporari bagi menarik perhatian para pencinta tudung.

“Antara keunikan yang diketengahkan bagi koleksi Kalorsuri ialah corak yang dihasilkan direka khas untuk tampak berlainan selain memberikan kebebasan kepada si pemakai untuk menggayakan tudung dengan penuh keyakinan,” katanya kepada Aura Juita.

Tambahnya, warna-warna lembut terutama pastel menguasai koleksi tudung batik Kalorsuri, sesuai dengan trend fesyen tempatan terkini selain mem­­bu­at­kan ia lebih senang disuai padan dengan pelbagai gaya.

Jelas Nik Haznita lagi, hasil seni kraf diaplikasikan ke atas tudung keluarannya bagi menghasilkan corak-corak yang menarik dan menjadi pilihan utama kepada orang ramai.

Tambahnya, kehadiran produk batik Kalorsuri di pasaran kini bukanlah untuk menyaingi mana-mana produk tudung yang lain namun berharap peminat-peminat tudung mencuba dan menjadikan tudung batik Kalorsuri sebagai pilihan tepat untuk ke majlis-majlis tertentu dan juga sebagai tudung harian untuk wanita-wanita yang bekerjaya termasuk suri rumah.

“Eksklusif dan menariknya label Batik Kalorsuri berbanding dengan jenama lain adalah kami menawarkan tudung batik dengan ukuran sepanjang dua meter bagi setiap helai, senang dicuci, material yang tahan lasak, lembut serta mudah diseterika.

“Ia secara tidak langsung membuatkan wanita di luar sana bebas untuk menggayakan trend dan fesyen tudung mengikut kesesuaian dan minat sendiri,” katanya.

Dijual pada harga yang mampu milik iaitu RM68 sehelai, ia menjadi pilihan wanita segenap umur pada masa kini selain laris di pasaran.

Menurut Nik Haznita yang merupakan bekas pelajar dalam bidang tekstil, penggemar-penggemar tudung juga boleh membeli secara atas talian untuk mendapatkan corak-corak pilihan mereka selain mengunjungi ke kios tudung batik Kalorsuri di Tingkat 1, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi; laluan pelepasan di Lapangan Terbang Subang, Selangor; aras 2 Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan; aras 1 Aeon Mall Bandaraya Melaka dan aras bawah Aeon Mall Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan dan pendaftaran menjadi ejen serta stokis berdaftar Kalorsuri, hubungi talian 019-3412 152.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31