AURA JUITA

Bentuk badan ideal dengan WaAini Cafe

Bentuk badan ideal dengan WaAini Cafe


WAAINI Cafe sesuai diambil oleh semua lapisan umur selain membantu memberi tenaga tambahan.


BAGI penggemar minuman kafein, mereka pastinya akan tergoda dengan keharuman aroma kopi yang mampu membuatkan hari mereka sentiasa segar dan cergas.

Kenikmatan itu terus menjadi pilihan penggemar kopi kerana kebanyakan produk yang berada di pasaran mempunyai resipi kesihatan tersendiri.

Sebuah syarikat pemasaran tempatan, WaAini Empire juga tidak mahu ketinggalan menyertai kerancakan bisnes minuman berasaskan kopi dengan memperkenalkan produk kopi berjenama WaAini Cafe.

Pengasasnya, Nuraini Shamin Ahmad berkata, WaAini Cafe merupakan minuman kopi pracampur yang dihasilkan daripada bahan terpilih seperti biji kopi Arabica, garcinia cambogia, psyllium husk, halia, lobak merah, garam bukit dan kolagen.

“Menariknya, gabungan kesemua bahan tersebut mampu membantu pengguna untuk mendapatkan bentuk badan idaman kerana ia bertindak sebagai agen pembakar lemak yang efektif.

“WaAini Cafe juga secara tidak langsung membantu anda berasa kenyang tanpa perlu berlapar seterusnya bertenaga sepanjang hari bagi memastikan hari-hari yang dilalui berjalan dengan lancar,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambah Nuraini, produk minuman kopinya itu sangat menyelerakan dan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan selain sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

“Bahan utama seperti garcinia cambogia ternyata baik dalam membantu proses pembakaran lemak secara efektif selain berperanan mengawal selera makan khususnya buat mereka yang mengidamkan berat badan ideal.

“Kolagen yang turut digunakan dalam formulasi WaAini Cafe berfungsi untuk menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan, menghalus dan menguatkan rambut selain menjaga kekuatan otot,” ujarnya.

Meskipun baru beroperasi tidak sampai setahun, produk WaAini Cafe menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutama dalam kalangan penggemar kopi.

Jelasnya lagi, WaAini Cafe juga membantu untuk mengawal kandungan gula dalam badan sekali gus selera makan pengguna akan dapat dikawal secara semula jadi.

Didatangkan dalam bentuk sachet dalam kotak eksklusif berwarna coklat kehitaman, terdapat 15 sachet dan setiap daripadanya mengandungi 20 gram serbuk kopi pracampur WaAini Cafe.

“Kopi pracampur kami sesuai diambil dua kali sehari iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur secara panas.

“Pengguna tidak perlu was-was untuk menggunakan kopi keluaran WaAini Empire kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP),” katanya yang memberitahu sekotak WaAini Cafe hanya dijual pada harga RM38 sempena promosi Hari Raya Aidiladha hingga hujung September ini berbanding harga biasa RM50 (Semenanjung Malaysia) dan RM55 (Sabah dan Sarawak).

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 011-1058 5012 atau e-mel ke [email protected]

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47