AURA JUITA

Pearl White Fiber, Cur-V Shake bantu capai berat badan ideal

Pearl White Fiber, Cur-V Shake bantu capai berat badan ideal


Pearl White Cur-V Shake mudah untuk disediakan serta diamalkan pengguna.


Berasa lapar walaupun baru sahaja menikmati hidangan berat merupakan antara masalah yang dihadapi oleh segelintir daripada pengguna di negara ini.

Sedar ataupun tidak, masalah tersebut adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan dalam kalangan pengguna kerana ia membuatkan jumlah pengambilan makanan mereka semakin meningkat.

Apabila berat badan semakin bertambah, ia membuatkan mereka berasa malas serta lesu sepanjang masa.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, ramai dalam kalangan pengguna tidak menyedari tentang masalah tersebut dan punca ia berlaku, yang mana ia boleh diibaratkan sebagai sudah terang lagi bersuluh iaitu mengamalkan pemakanan tidak seimbang serta gaya hidup tidak sihat.

Katanya, dua perkara tersebut menyebabkan toksin yang terhasil akibat jumlah makanan berlebihan dalam badan menghalang nutrien penting diserap dengan baik, sekali gus menjadikan perut sentiasa berada dalam keadaan lapar.

“Ini menandakan anda memerlukan minuman kesihatan keluaran kami iaitu Pearl White Fiber yang diperkaya dengan psyllium husk iaitu sejenis serat larut.

“Ia merupakan ramuan utama untuk menyingkir lemak, lendir dan minyak yang merupakan toksin lebihan pada dinding usus. Minuman itu menyingkirkan bahan berkenaan menerusi sistem pelawasan,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Maryam berkata, minuman itu turut membuatkan tubuh berasa lebih ringan selepas semua bahan berkenaan tersebut disingkirkan dari tubuh.

“Selain daripada itu, Pearl White Fiber turut mendapat khasiatnya daripada ekstrak anggur dan bijinya kerana bahan tersebut mengandungi piceatannol.

Menurut kajian luar negara, ia mampu membantu menghalang jalur sel-sel lemak untuk bertambah dalam tubuh,” katanya.

Jelas beliau, istimewanya produk itu juga adalah ia mengandungi rumusan oat yang tinggi serta magnesium, sekali gus membuatkan pengguna berasa kenyang setelah mengambil minuman tersebut dan mengurangkan selera makan mereka.

Katanya, ia juga kaya dengan kandungan antioksidan yang berperanan untuk membantu mengawal tahap kolesterol dalam tubuh.

“Pearl White Fiber telah mempunyai unjuran jualan yang sangat positif disebabkan keberkesanannya. Ia mudah untuk diamalkan kerana pengguna cuma perlu meminumnya selepas makan tengah hari.

“Bancuhnya dalam penggoncang yang diberikan secara percuma. Bagi mendapatkan kesan yang berganda, pengguna disarankan mengamalkan bersama Pearl White Cur-V Shake dengan perisa rasa vanila,” katanya.

Siti Maryam berkata, Pearl White Cur–V Shake merupakan produk kombinasi bagi Pearl White Fiber dan ia dirumus menggunakan formulasi terbaharu iaitu L Carnitien yang biasanya digunakan sebagai bahan klinikal.

“Ia membantu menukarkan kandungan lemak dalam sel tubuh kepada tenaga. Bagi membantu memberikan pengguna rasa kenyang, seeloknya Pearl White Cur-V Shake diamalkan sebagai sarapan dan pengganti makan malam kerana minuman itu mengandungi nutrien lengkap untuk tubuh.

“Selain itu, ia juga membantu pengguna mendapatkan bentuk tubuh idaman. Antara bahan lain digunakan dalam penghasilannya ialah biji chia kerana ia bersifat mengembang, sekali gus membantu dalam memberikan pengguna rasa kenyang,” katanya.

Tambah beliau, kajian luar turut mendapati biji chia mengandungi 100 peratus lebih Omega-3 berbanding ikan salmon, 64 peratus lebih potassium daripada pisang, tiga kali ganda zat besi daripada bayam dan kandungan vitamin C.

Katanya, kedua-dua produk tersebut yang sesuai diamalkan pengguna lelaki dan wanita berusia seawal 15 tahun dijual pada harga RM38.90 dan RM40.90 (Sabah dan Sarawak).

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31