INFINITI

Taufan Hato badai Hong Kong, Macau, China

Taufan Hato badai Hong Kong, Macau, China

Taufan Hato membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 155 kilometer sejam.


SAYA tidak pernah melihat ribut seperti ini. Kesan daripada ribut ini sangat buruk.

“Banyak kereta ditenggelami air, jalan-jalan tidak dapat dilalui akibat banjir dan pokok tumbang,” jelas salah seorang penduduk Hong Kong, Garret Quigley.

Taufan Hato yang membawa angin kencang dan ombak besar dengan kelajuan maksimum 155 kilometer sejam melanda Hong Kong, Macau serta China baru-baru ini.

Kesan daripada ribut itu telah menyebabkan banyak pokok tercabut, jalan raya dinaiki air dan sebahagian besar operasi perniagaan terpaksa ditutup.

Selain itu, jadual penerbangan keluar masuk ke negara itu juga terpaksa dibatalkan.

Beberapa perkhidmatan pengangkutan lain termasuk feri ke hab perjudian di Macau dan pulau lain di sekitar Hong Kong turut ditangguhkan.

Seorang penduduk tempatan, Brian Chan, 31, berkata, pihak berkuasa gagal memberi amaran tentang ketibaan ribut itu dan tidak bersedia sama kali untuk berhadapan dengannya.

Terkorban


Angin kencang juga menyebabkan ombak besar kawasan di sekitar pantai.


Dalam pada itu, agensi berita AFP melaporkan, sekurang-kurangnya 16 orang telah terkorban akibat Taufan Hato yang melanda tiga negara tersebut.

Lapan orang dilaporkan maut setelah ribut itu membadai hab perjudian di Macau.

Seorang lelaki maut selepas dihempap sebuah dinding dan seorang lagi terjatuh dari sebuah beranda di tingkat empat manakala mangsa ketiga maut dilanggar lori.

Pemerintah Macau berkata, dua mayat turut ditemui di dalam sebuah tempat letak kereta yang ditenggelami air hujan.

“Saya tidak pernah melihat Macau seperti ini sejak datang ke sini pada tahun 1970-an.

“Saya rasa, pihak berkuasa bertindak terlalu perlahan dan tidak melakukan persediaan yang secukupnya untuk memaklumkan kepada penduduk tentang taufan yang akan melanda,” jelas Lao yang merupakan seorang pemandu teksi.

Tambahnya, pegawai-pegawai tempatan seperti berjudi dengan nasib dalam menangani taufan ini.

Dalam pada itu, penduduk tempatan menjelaskan, mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi bencana itu dari segi mendapatkan barangan keperluan.

Berpindah


Seorang penduduk berjalan di sekitar kawasan pantai di Hong Kong ketika Taufan Hato melanda.


Seorang pekerja Hotel Grand Lisboa di tengah Macau berkata, hotel itu terputus bekalan elektrik dan kasino serta restoran terpaksa ditutup setelah dibadai Taufan Hato.

Dalam pada itu, Taufan Hato juga telah menyebabkan lapan orang terbunuh di wilayah Guangdong di selatan China yang terletak bersebelahan Macau.

Menurut agensi berita Xinhua, lebih 27,000 penduduk terpaksa berpindah ke beberapa pusat penempatan sementara dan hampir dua juta isi rumah terputus bekalan elektrik.

Wilayah berjiran itu, kerap dibadai bencana taufan antara bulan Julai hingga Oktober pada setiap tahun.

Bandar raya Hong Kong pernah dibadai ribut paling kuat pada tahun 1962 apabila Taufan Wanda meniup angin selaju 284 kilometer sejam.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 16