STAILO

Pakaian gaya jalanan berimej sopan garapan Benua

Pakaian gaya jalanan berimej sopan garapan Benua


Sebanyak 12 koleksi pakaian yang ditampilkan Benua pada acara peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Fesyen sedia pakai lelaki kini semakin berkembang dengan pelbagai elemen baharu.

Disebabkan itu, lahirnya pelbagai jenis busana daripada label tempatan yang bersaing menzahirkan elemen tersendiri sekali gus menarik perhatian khalayak.

Baru-baru ini jenama pakaian lelaki, Benua Clothing (Benua) memperkenalkan koleksi busana sedia pakai baharu, Heaven & Earth pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Saat barisan model berjalan memperagakan busana tersebut, aura pakaian Benua itu dilihat begitu mempesonakan.

Manakan tidak, ia merupakan pakaian sedia pakai terdiri daripada sepersalinan kemeja-T dengan seluar tiga suku.

Menurut Pengasas Bersama Benua, Mohd. Nizar Manaf atau lebih mesra dipanggil Boy, pakaian tersebut dizahirkan sebagai pakaian jalanan namun dalam masa sama ia sopan dan penuh gaya.

Biarpun penampilannya dilihat begitu berani, ia tidak sedikit pun bercanggah dari segi syarak.


Pakaian ini sesuai untuk golongan lelaki berumur dari 20 hingga 40 tahun.


“Setiap orang yang beragama Islam pasti mengidamkan kurniaan jannah pada hari akhirat nanti.

“Percaya pada pegangan itu, kami mahu ketengahkan busana berinterpretasi sedemikian namun digayakan dengan penuh versatil sebagai pakaian harian kini.

“Apa yang membuat saya tertarik untuk ketengahkan idea ini adalah melihat begitu indahnya syurga seperti yang digarap dalam kitab terjemahan Ustaz Muhd. Umar mengenai pengakhiran hidup di jannah,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Koleksi baharu Heaven & Earth itu menampilkan sebanyak 18 set pakaian dengan 12 daripadanya akan dijual secara eksklusif di laman fesyen FashionValet manakala enam lagi merupakan pakaian konsep.

Rekaan yang diketengahkan Benua tertumpu kepada elemen pakaian klasik namun pada masa sama mengekalkan gaya versatil.

Istimewanya kemeja-T koleksi tersebut, ia didatangkan dengan potongan polos dan rekaan kolar tinggi.

“Setiap tahun Benua akan tampil dengan idea rekaan pakaian baharu supaya ia dapat memuaskan hati kebanyakan peminat.

“Hampir setahun untuk kami menghasilkan koleksi Heaven & Earth ini dan akhirnya ia diperagakan pada pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017,” tambahnya.

Koleksi tersebut boleh diperoleh pada harga bermula RM85 hingga RM195.

Ia disasarkan kepada golongan lelaki berumur 20 hingga 40 tahun yang mahu tampil dengan gaya yang serba berani.

Mohd. Nizar berharap koleksi konsep pakaian jalanan berkenaan menjadi ikon baharu kepada jenama Benua dan mencuri tumpuan penggemar fesyen lelaki masa kini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31