DIVA INTERAKTIF

Ramai cemburu percutian mewah Hairul, Hanis

Ramai cemburu percutian mewah Hairul, Hanis


RAMAI yang cemburu dan dengki dengan percutian mewah Hairul sekeluarga di Maldives.


Diva jarang ikuti perkembangan artis di Instagram. Tahu gosip artis pun apabila ada teman-teman yang mesej Diva melalui laman sosial, hantar kiriman WhatsApp atau telefon Diva.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Diva dapat mesej daripada seorang teman di Instagram. Dia hantar video percutian suami isteri, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Terkesima Diva tengok video percutian Hairul di Maldives itu. Memang mewah. Apa yang Diva perhatikan, vila atas air yang disewa pasangan itu dilengkapi pelbagai kemudahan yang menarik. Maka, dalam fikiran Diva sudah tentu sewa vila berkenaan mahal.

Tiba-tiba teman Diva tadi mesej lagi tapi kali ini dia sertakan harga vila bernama Soneva Jani di Maldives itu melalui laman Agoda. Ternganga mulut Diva apabila dapat tahu harga vila disewa pasangan artis itu dah boleh beli sebuah kereta.

Tetapi apabila fikir balik, mungkin itu hasil titik peluh Hairul dan Hanis yang berniaga macam-macam.

Namun Diva tak sangka pula ramai yang cemburu dan dengki apabila Hanis dan Hairul muat naik gambar dan video percutian mereka itu. Bermacam-macam sindiran dan kecaman suami isteri itu terima. Kasihan juga.

Diva: Dengarnya pelakon Niena Baharun ditegur peminat gara-gara baju burkini yang dipakainya ketika bercuti agak seksi.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31