AURA JUITA

Produk kecantikan, kesihatan eksklusif Rahsia Herba

Produk kecantikan, kesihatan eksklusif Rahsia Herba


Set Eksklusif Rahsia Herba Skincare dijual pada harga RM160.


Bukan mudah untuk memasarkan produk kecantikan dan kesihatan di pasaran tempatan ketika ini disebabkan persaingan tinggi perlu dihadapi oleh sesebuah syarikat kosmetik dan kesihatan.

Bagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk seseorang menyerah sebelum berjuang dan berkat kesabaran yang dimiliki oleh Empayar Cikna Enterprise iaitu pengeluar jenama Rahsia Herba, mereka kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna.

Pengasasnya, Noor Zarina Baderisham berkata, Empayar Cikna Enterprise kini menawarkan beberapa produk kecantikan dan kesihatan kepada pengguna yang dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti.

Menurutnya, mereka menawarkan Set Eksklusif Rahsia Herba Skincare, Set Mini Rahsia Herba Skincare dan Coconut Oil Shampoo with Conditioner kepada pengguna.

“Mengenai Set Eksklusif Rahsia Herba Skincare yang berharga RM160 di Semenanjung Malaysia dan RM170 (Sabah dan Sarawak), ia mengandungi empat produk iaitu Sabun Kayu Manis, Krim Siang, Krim Malam dan juga Serum Arbutin.

“Sabun Kayu Manis yang bersaiz 70 gram (g) diperbuat daripada kayu manis, madu kolagen dan Q10, sekali gus menjadikan ia mengandungi pelbagai khasiat seperti membantu membersihkan kulit dari dalam, mengurangkan minyak pada kulit dan membersihkan liang pori.

“Bukan itu sahaja, ia juga membantu melembut serta melembapkan kulit selain mengurangkan jerawat, menganjalkan kulit, merangsang penghasilan kolagen dan memberikan kesan antipenuaan,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Pada masa sama, Noor Zarina berkata, Krim Siang yang bersaiz 10g dan berperanan sebagai asas solekan pula dihasilkan daripada ekstrak epal dan biji bunga matahari selain mengandungi SPF 30.

Menurut beliau, produk tersebut mempunyai tiga kali ganda kuasa pencerahan, kandungan vitamin serta perlindungan daripada sinaran ultraungu (UV).

“Ia juga berfungsi sebagai concealer dan asas solekan selain membantu mengurangkan jerawat, jeragat dan kesan parut,” katanya.

Beliau memberitahu, Krim Malam yang bersaiz sama seperti Krim Siang mempunyai fungsi sama seperti Krim Siang dan berfungsi merawat kulit ketika pengguna tidur dan mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

Katanya, ia yang dibuat daripada mulberi, arbutin, vitamin E dan kacang soya membantu menjadikan kulit wajah pengguna berasa lebih lembut dan tampak bermaya selepas mereka bangun daripada tidur.

“Serum Arbutin yang dirumus menggunakan alpha arbutin dan mempunyai berat 10 mililiter (ml) pula berfungsi membantu mempercepatkan proses rawatan kulit.

“Gunakannya sebelum mengenakan Krim Siang atau Krim Malam,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Zarina berkata, Set Mini Rahsia Herba Skincare pula dijual pada harga RM99 (Semenanjung Malaysia) dan RM110 (Sabah dan Sarawak).

Katanya, ia mengandungi Sabun Kayu Manis yang bersaiz 15g, Serum Arbutin (10ml), Krim Siang (5g) dan Krim Malam (5g), dengan tambahan produk Gold White Scrub yang berfungsi membantu membuang kulit mati.

Menurutnya, set mini tersebut kini dijual pada harga pengenalan iaitu RM79 termasuk kos penghantaran di seluruh negara.

“Kami juga menjual Coconut Oil Shampoo with Conditioner yang didatangkan dalam botol bersaiz 300ml. Ia membantu mengurangkan masalah seperti kelemumur, rambut gugur, gatal kulit kepala, rambut bercabang serta kering.

“Pengguna tidak perlu menggunakan perapi kerana syampu itu telah didatangkan dengan khasiat perapi, justeru menjadikan pembeliannya yang berharga RM29 (Semenanjung Malaysia) dan RM33 (Sabah dan Sarawak) begitu berbaloi,” katanya.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47