AURA JUITA

Keberkesanan tiga kali ganda Jus Nusantara Gold

Keberkesanan tiga kali ganda Jus Nusantara Gold


JUS Nusantara Gold memberikan kesan tiga kali lebih baik berbanding Jus Nusantara biasa.


KESIHATAN merupakan satu aspek terpenting dalam kehidupan yang tidak boleh diambil ringan oleh mana-mana individu.

Dengan perkembangan arus teknologi pada masa kini, banyak pengusaha produk kesihatan dan kecantikan telah menghasilkan pelbagai produk suplemen bermutu tinggi, mengikut cara tersendiri yang mengandungi khasiat baik untuk orang ramai.

Tidak terkecuali, pengeluar dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan terkemuka, Almas Beauty & Health (Almas) turut menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh setiap golonghan masyarakat di negara ini.

Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed berkata, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan terutamanya kaum wanita di Malaysia ialah Jus Nusantara Gold yang sememangnya cukup terkenal dengan kekayaan dan keistimewaan khasiatnya selain telah ditambah baik dengan lima bahan terbaik dunia.

“Jus Nusantara Gold adalah formulasi terbaharu Almas yang diolah dan ditambah dengan bahan-bahan terbaik dunia selain mengekalkan bahan-bahan sedia ada dalam jus tersebut.

“Saya percaya bahawa formulasi produk tersebut yang menggabungkan penggunaan makanan sunah seperti madu, kurma dan buah delima menjadikan produk itu penuh dengan khasiat dan sesuai diamalkan semua,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurutu Maziah, antara bahan lain yang ditambah baik ialah temu hitam dan lempoyang yang sememangnya mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan manusia.

Beliau berkata, selain makanan sunah, Jus Nusantara juga dirumus menggunakan tumbuhan herba tempatan yang dipercayai mengandungi pelbagai khasiat berguna sejak turun-temurun.

“Antara tumbuhan herba yang digunakan ialah temu lawak, halia bara, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan habbatus sauda.

“Keberkesanan Jus Nusantara Gold adalah tiga kali ganda lebih berkesan berbanding Jus Nusantara biasa yang berada di pasaran,” ujarnya.


KAYU manis kaya dengan khasiat tersendiri.


Jus Nusantara Gold sesuai diamalkan golongan wanita dan lelaki seawal usia empat tahun dan turut menjadi pilihan warga emas kerana khasiat terbaik yang terkandung di dalamnya.

Pengguna boleh mendapatkan Jus Nusantara pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Almas turut menawarkan Losyen Nusantara yang diperkaya dengan bahan-bahan terpilih dan baik untuk semua jenis kulit termasuk pada bahagian badan, kaki serta tangan.

“Losyen Nusantara dirumus khas dengan bahan-bahan penuh khasiat seperti daun pudina, halia serta bawang putih dan sesuai bagi kegunaan urutan luar.

“Dihasilkan di kilang yang bersih dan berteknologi tinggi, produk unik itu yang dihasilkan Almas mudah untuk meresap ke dalam kulit dan mengeluarkan angin dalam badan selain sesuai digunakan oleh golongan wanita terutamanya bagi kaum ibu yang sedang berpantang mahupun yang baru bersalin,” ujarnya.

Dikenali sebagai Losyen Halia Bara sebelum ini, Losyen Nusantara kini menjadi bualan hangat berikutan keberkesanannya untuk memberikan kelegaan bagi tujuan urutan luar dan mengurangkan bekas selulit pada tubuh.

Dijual pada harga RM28 sebotol, Losyen Nusantara boleh didapati di toko-toko jamu berhampiran di seluruh negara tanpa was-was kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) selain mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31