DIVA INTERAKTIF

Rahsia siapa hero Hannah dalam Langsuir terbongkar

Rahsia siapa hero Hannah dalam Langsuir terbongkar


HANNAH dikatakan akan bergandingan dengan Shafiq dalam filem Langsuir.


Diva sebelum ini ada terbaca yang pelakon cantik berwajah persis anak patung, Hannah Delisha, disunting pengarah Osman Ali membintangi filem terbaharunya, Langsuir.

Apa yang Diva tahu, penggambaran filem itu akan dibuat di Pulau Langkawi bermula bulan depan.

Cuma, dengarnya pihak produksi masih merahsiakan identiti hero filem berkenaan. Maka, ramailah peminat tertanya-tanya siapakah pelakon lelaki yang bakal bergandingan dengan pelakon berusia 21 tahun itu.

Haa... ini Diva nak pecah rahsialah siapa pelakon lelaki yang dirahsiakan sangat identitinya oleh pihak penerbit.

Ada sumber yang sampaikan ke telinga Diva, pelakon lelaki yang bakal bergandingan dengan Hannah dalam filem Langsuir itu nanti ialah Syafiq Kyle.

Wah...Diva percaya ramai peminat drama Mencintaimu Mr. Photographer yang gembira dengan perkhabaran tersebut.

Diva pun tidak sabar menantikan sekali lagi gandingan Hannah dan Syafiq. Walaupun kedua-duanya pertama kali diberi kepercayaan menggalas watak utama di dalam filem, namun Diva percaya Hannah dan Syafiq mampu menjayakan watak dengan baik memandangkan kedua-duanya sudah serasi berlakon bersama.

Jangan ada bibit cinta timbul sudah sebab kerap sangat digandingkan bersama. Tetapi jika ada pun apa salahnya, kedua-duanya solo bukan?

Diva: Tahniah Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dapat anak kedua iaitu perempuan yang diberi nama Kayla Reysha, pada petang Selasa lalu.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31