VARIA

Corat-coret bola sepak Malaysia

Corat-coret bola sepak Malaysia

SYAZWAN (kiri) dan Zairudin adalah antara penulis yang terlibat dengan penulisan buku Retro Bola Sepak.


SEMANGAT cintakan sukan bola sepak telah membawa kepada pertemuan enam individu ini untuk menghasilkan sebuah naskhah berjudul Retro Bola Sepak.

Menurut salah seorang penulisnya, Zairudin Hashim atau dikenali dengan nama pena Che Din, semuanya berlaku dalam waktu yang singkat.

"Tidak sampai dua bulan, buku Retro Bola Sepak berjaya diterbitkan oleh Thukul Cetak Sdn. Bhd.

"Itu pun selepas penerbit buku meminta kami menulis mengenai bola sepak untuk dipamer dan dijual di Pesta Buku Antarabangsa pada 28 April lalu," katanya ketika di temui Kosmo! baru-baru ini.

Asalnya, Retro Bola Sepak merupakan sebuah komuniti yang telah wujud sejak empat tahun lalu.

Kumpulan itu giat mengemas kini dengan memuat naik status di Facebook mengenai apa sahaja isu, sejarah, pendapat dan kritikan mengenai bola sepak di Malaysia serta dunia.

Melalui perkongsian itu, mereka menjadi satu rujukan bagi peminat bola sepak yang dambakan informasi terkini dan kesahihan fakta terutamanya bagi pemain atau pasukan kegemaran masing-masing.

Malah, komuniti itu juga sedikit sebanyak mendidik dan mengajar orang ramai supaya hanya melaporkan informasi yang benar dan bukannya daripada perkongsian yang tidak diketahui sumber.

Maka, apabila penerbit Thukul Cetak Sdn. Bhd., mengutarakan pendapat untuk menerbitkan buku mengenai bola sepak, ia adalah satu langkah tepat dan bijak untuk Retro Bola Sepak menghasilkan karya mereka.

Apa sahaja yang dikongsi melalui Facebook, disatukan menjadi tajuk-tajuk kecil sebelum diterbitkan sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Retro Bola Sepak.

Seorang lagi penulis, Mohd. Syazwan Bajuri berkata, banyak informasi mengenai dunia bola sepak boleh didapati di dalam buku berkenaan.

Sumber rujukan


BUKU ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan bagi peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa.


"Ada antara informasi yang mungkin peminat bola sendiri tidak tahu kerana ia tidak boleh didapati daripada mana-mana sumber rujukan selain individu itu sendiri berada di lokasi kejadian.

"Misalnya semasa kempen kelayakan Piala Dunia 1998, aksi Jepun menentang Iran di Stadium Larkin, Johor Bahru. Jepun yang belum pernah layak ke pusingan akhir agak terdesak untuk menjadi antara 32 buah pasukan yang mara ke Perancis.

"Jepun akhirnya menewaskan Iran 3-2, sekali gus menjadikan Stadium Larkin yang kebanyakan rakyat di negara ini menganggap hanya stadium biasa sebagai tempat keramat (holy place) apabila mencium tanah stadium itu berkali-kali," ceritanya yang ketika itu berada di lokasi kejadian.

Selain itu, terdapat banyak lagi momen suka dan duka tentang bola sepak dikongsi di dalam buku tersebut.

Antaranya tentang Harimau Malaya, Supermokh jalani pembedahan lutut dan Malaysia lawan England B.

Malah, terdapat juga perkongsian cerita tentang bola sepak dari luar negara seperti Shin Guards, Rona-Rona Verona, Berlin Wall Has Fallen dan Tikataka Empire Begins.

Dianggarkan terdapat lebih daripada 30 tajuk di dalam buku yang mengandung 270 muka surat berkenaan.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 93