NEGARA

Bangunan sekolah bergegar

Bangunan sekolah bergegar


BANGUNAN Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah di Cheras Selatan yang disewa oleh Kementerian Pendidikan.


KAJANG – kira-kira 300 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah di Cheras Selatan dekat sini semalam berasa cemas apabila salah sebuah bangunan sekolah itu mengalami beberapa siri gegaran dalam tempoh setengah jam.

Gegaran pertama bermula kira-kira pukul 3 petang dan berlaku beberapa kali dalam tempoh tersebut. Setiap gegaran boleh dirasai sehingga beberapa saat dan ada yang mendakwa ia berlaku selang lima minit sekali.

Bangunan empat tingkat itu dikatakan menempatkan bilik guru dan perpustakaan serta beberapa bilik khas.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak kuat dan tidak ada kerusi atau meja terbalik.

Seorang guru di sekolah tersebut berkata, gegaran tersebut pada mulanya dirasai oleh guru-guru yang berada di bangunan itu sebelum diikuti beberapa orang murid yang turut berasa hairan dengan kejadian itu.

"Ada antara kami berasa pening dan beberapa orang murid mengatakan mereka merasai gegaran.

"Kami kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat yang kemudian menasihatkan bangunan itu segera dikosongkan," katanya yang enggan dikenali.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor kemudian menghantar sembilan anggota penyelamat serta dua buah jentera dari Kajang dan Serdang untuk memeriksa aduan berhubung gegaran tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 62