INFINITI

Sarung tangan pintar terjemah bahasa isyarat

Sarung tangan pintar terjemah bahasa isyarat


SARUNG tangan pintar dapat membaca bahasa isyarat tangan.


UNTUK memahami bahasa isyarat yang disampaikan oleh mereka yang mempunyai masalah cacat pendengaran ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami oleh manusia normal.

Bagi mengatasi masalah itu sepasukan jurutera di Universiti California San Diego membangunkan prototaip sarung tangan pintar.

Sarung tangan pintar yang dilengkapi dengan sensor dan sambungan bluetooth itu boleh menterjemahkan bahasa isyarat gerak tangan ke dalam bentuk teks.

Mempunyai sembilan sensor yang dilekatkan pada bahagian jari ia bersambung pada sebuah papan litar di pergelangan tangan yang mampu untuk menukar bahasa isyarat itu kepada huruf berdasarkan kedudukan jari.

Sistem itu menggabungkan isyarat-isyarat daripada semua sembilan sensor itu menjana kod digit sembilan.

Papan litar itu kemudiannya menterjemahkan kod-kod itu dalam bentuk abjad dan ia akan dihantar ke skrin komputer melalui sambungan bluetooth.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47