VARIA

Thunbergia erecta dekorasi laman kediaman

Thunbergia erecta dekorasi laman kediaman

Thunbergia erecta memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk tumbuh subur.


Spesies Thunbergia erecta daripada keluarga tumbuhan Acanthaceae sangat menarik untuk dijadikan tanaman hiasan kerana ia berbunga cantik.

Bunga yang mempunyai lima kelopak berwarna ungu tua dengan stamen berwarna kuning menonjolkan penampilannya.

Nama gelarannya, King’s mantle yang bermaksud penutup lampu diraja itu adalah merujuk kepada bunga yang berbentuk mirip penutup lampu tidur.

Penampilan daun yang berbentuk bujur panjang dan kuncup di bahagian hujung itu juga agak menarik.

Ini kerana batang pokok itu tumbuh menegak ke atas membentuk rumpun dan sesuai dijadikan pokok pagaran.

Tumbuhan itu menjadi kegemaran peminat seni taman sejak zaman dahulu lagi.

Kini, ia mula dijadikan hiasan di kawasan bandar atau kota raya di negara ini seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana ia mudah ditanam serta dijaga.

Tumbuhan ini dikatakan berasal dari kawasan tropika di Afrika.

Pembiakan:

Ia mudah dibiakkan dan ditanam menggunakan kaedah keratan batang atau ranting yang matang.

Ikuti langkah seperti berikut:

1Kerat batang atau ranting pokok yang telah tua mahupun matang.

2Semai keratan tadi dalam medium pasir sungai sehingga tumbuh tunas dan daun sebelum dipindahkan untuk ditanam pada tanah.

Keratan itu juga boleh ditanam terus dalam medium tanaman kekal.

Pokok itu sesuai ditanam dalam medium tanaman berasaskan tanah yang lembap tetapi air tidak bertakung.

Campuran yang disyorkan ialah 3:2:1 (tanah peroi:tanah gambut/bahan organik:pasir sungai).

Ia akan berbunga lebat sepanjang masa jika diberikan penjagaan seperti yang diperlukan.

Penjagaan:

1 Tumbuhan ini sangat memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga lebat sepanjang masa.

2 Jangan biarkan medium tanaman kering kerana ia akan membantutkan pertumbuhan dan proses pembungaan.

Sebaiknya, lembapkan ia dengan dua kali siraman air pada waktu pagi dan petang terutamanya pada hari panas.

Siram sekiranya perlu sahaja pada hari hujan.

3 Gunakan baja organik seperti najis ayam yang diproses.

Namun, baja kimia juga boleh digunakan iaitu daripada jenis cecair atau garam larutan yang boleh dibancuh bersama air siraman.

Baja biji tidak sesuai digunakan kerana dikhuatiri jika terkena daun atau bahagian pokok yang lain boleh menyebabkan ia melecur serta layu.

Idea pameran:

1Ia sesuai dipamerkan sebagai pokok pagaran tetapi perlu sentiasa dipotong kemas untuk penampilan yang menarik.

2Ia juga sesuai untuk ditanam dalam pasu yang agak besar saiznya untuk pameran bunga yang lebat dan menarik.

3Ia boleh ditanam dan dicampurkan bersama pokok lain dalam gubahan taman mini dan sebagainya.

4Ia juga sesuai dipotong kemas menjadi pohon renek yang menarik.

Tip:

1Jika ditanam di kawasan sempit, pangkas batang atau ranting yang panjang untuk menggalakkan pertumbuhan banyak ranting baharu dan mendapatkan bentuk pokok yang lebih padat serta menggalakkan proses pembungaan.

2Sembur daun dengan air ketika keadaan persekitaran terlalu panas dan kering bagi kesuburan pertumbuhan pokok.

Pembiakan dan penanaman

Ia mudah dibiak menggunakan kaedah keratan akar rizom yang mempunyai anak atau mata tunas pokok yang baharu.

Kaedah penanaman:

1Potong akar rizomnya yang mempunyai mata tunas pokok baharu.

2Tanam potongan itu

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47