VARIA

Sekolah Lestari pupuk pelajar cintai alam sekitar

Sekolah Lestari pupuk pelajar cintai alam sekitar


MOHD. RAZALI (kiri) dan Che Mahamud (tiga dari kanan) berjabat tangan selepas menandatangani Deklarasi Sekolah Lestari Daerah Kuantan diiringi oleh Eng Jun (dua dari kanan) dan Mahadzir (kanan).


KESEDARAN untuk menjaga persekitaran perlu dipupuk dari akar umbi bagi menjamin kelestarian sumber alam buat generasi akan datang.

Menyedari hal itu, Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Kuantan, Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah telah merencana program Sekolah Lestari di seluruh sekolah di daerah ini bagi menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar dan guru.

Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd. Razali Mustafar berkata, program Sekolah Lestari wujud atas kesedaran tentang isu-isu pencemaran yang semakin meresahkan dan tapak pelupusan sampah yang kian terhad.

Menurutnya, idea untuk mengadakan program itu dicetuskan oleh sebuah syarikat percetakan, Newsprint Industries Sdn. Bhd. yang prihatin terhadap isu alam sekitar. Pelaksanaan program itu mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Menerusi program itu, para pelajar dan guru di daerah ini akan melaksanakan pelbagai aktiviti mesra alam seperti amalan kitar semula.

"Kita melihat kepada keperluan terhadap persekitaran alam yang bersih pada masa hadapan dan adalah perlu kesedaran ini diterapkan dari peringkat sekolah. Pelaksanaan program ini adalah bagi merealisasikan hasrat itu.

"Langkah utama dalam menerapkan semangat kecintaan terhadap alam sekitar ialah melalui pendedahan terhadap amalan kitar semula yang perlu menjadi rutin para pelajar, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program Sekolah Lestari di Dewan Abu Hurairah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Majlis itu telah disempurnakan oleh pegawai dari JAS Pahang, Che Mahamud Ismail yang mewakili Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul.

Platform


CHE MAHAMUD (duduk kanan) menyempurnakan majlis pelancaran program Sekolah Lestari dengan gimik memindahkan anak pokok ke dalam pasu sambil dibantu oleh Mohd. Razali (duduk kiri).


Turut hadir ialah wakil daripada Newsprint Industries Sdn. Bhd., Tan Eng Jun dan Yang Dipertua MPSM Kuantan, Mahadzir Hanapiah.

Tambah Mohd. Razali, selain pelaksanaan aktiviti kitar semula di sekolah, program Sekolah Lestari juga merupakan platform untuk mengaplikasikan penggunaan buku teks dan buku tulis yang dihasilkan secara kitar semula di beberapa buah sekolah di daerah ini.

Sementara itu, Che Mahamud dalam ucapan perasmiannya berkata, JAS amat berbesar hati untuk bekerjasama dalam program Sekolah Lestari.

Katanya, JAS melihatnya sebagai salah satu perancangan yang proaktif dalam memastikan wujudnya kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam masyarakat.

"Masyarakat perlu dilatih dengan perkara-perkara seumpama ini (kitar semula) dan penglibatan pelajar sekolah adalah salah satu usaha terbaik kerana golongan pelajar hari ini adalah pelapis kepada kepimpinan pada masa akan datang.

"Malah, penglibatan dalam kalangan pelajar juga secara tidak langsung memupuk semangat kecintaan kepada sekolah sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan mesra alam, ujarnya.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31