VARIA

Aceh tawar destinasi pelancongan halal

Aceh tawar destinasi pelancongan halal

SNORKEL merupakan antara aktiviti popular di Pulau Weh.


Selepas merangkul anugerah dalam Pertandingan Pelancongan Halal Kebangsaan (KPHN) baru-baru ini, Aceh terus mengorak langkah dalam membangunkan industri pelancongan halal bertaraf dunia.

Pada September tahun lalu, Aceh juga menerima tiga anugerah membabitkan kategori lapangan terbang mesra Muslim yang diberikan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda di Banda Aceh dan destinasi kebudayaan mesra Muslim serta lokasi pelancongan terbaik yang dianugerahkan kepada Masjid Besar Baiturrahman.

Sejak itu, pemerintah Aceh terus giat membangunkan industri pelancongan halal dengan menggunakan konsep 3A iaitu amenity (kemudahan), accessibility (kebolehcapaian) dan attraction (tarikan).

Kementerian Pelancongan Indonesia menyenaraikan beberapa wilayah di republik itu, antaranya Nusa Tenggara Barat, Sumatera Barat, Jakarta, Jawa Barat termasuk Aceh untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan halal.

Terdapat potensi pelancongan yang besar di wilayah-wilayah itu, sekali gus dapat menarik kedatangan pelancong Muslim terutamanya dari Qatar, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, China, Rusia, Jerman, Perancis dan negara-negara Eropah yang lain.

Dalam pada itu, pembangunan pelancongan halal di Sabang, wilayah Aceh turut mendapat sokongan daripada Persatuan Juruterbang Maritim Indonesia.

Menurut Presidennya, Herman Harinanja, pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan di Sabang akan memberi fokus utama untuk meningkatkan taraf ekonomi selain menjana pendapatan tambahan penduduk setempat.

"Bagi memastikan industri pelancongan di Sabang terus membangun, pakej pelancongan halal perlu sentiasa diteruskan selain promosi harus giat dilaksanakan, katanya baru-baru ini.

Terumbu karang


ACEH pernah melalui sejarah hitam apabila dilanda tsunami pada 2004.


Jelas beliau, pihaknya turut menyokong pembangunan pelancongan halal di Kawasan Strategik Pelancongan Nasional (KSPN) dan menyeru semua pihak untuk turut berbuat demikian bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat.

"Kami perlu memberi sokongan terhadap pembangunan infrastruktur yang dibangunkan di Sabang terutamanya melibatkan pembinaan pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal pesiaran yang dilaksanakan oleh Lembaga Pengelola Daerah Sabang (BPKS), jelasnya.

Sementara itu, jurucakap pemerintah Sabang, Sofyan Adam berkata, pihak pentadbiran tempatan akan terus mempromosikan industri pelancongan di kepulauan itu bagi meningkatkan kebajikan masyarakat setempat.

"Kami juga sentiasa memperbetulkan sebarang kekurangan infrastruktur dan kemudahan secara berperingkat bagi memberikan keselesaan kepada pelancong kerana sektor pelancongan merupakan produk utama di sini, ujarnya.

Aceh turut meletakkan Pulau Weh dan kawasan sekitarnya dalam KSPN. Keputusan itu menunjukkan komitmen tinggi pemerintah untuk mempromosikan Sabang dan Pulau Weh sebagai salah satu destinasi pelancongan.


PULAU Weh terkenal dengan keindahan alam semula jadi.


Menurut kajian mengenai terumbu karang yang dijalankan oleh beberapa penyelidik seperti Pusat Kajian Perikanan dan Marin Universiti Syiah Kuala, Pusat Kecemerlangan ARC Kajian Terumbu Karang, Universiti James Cook Australia serta Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar, Flora dan Fauna Antarabangsa menunjukkan terdapat sebanyak 133 jenis terumbu karang terdapat di Pulau Weh.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa terumbu karang yang terdapat di Pulau Weh dan kawasan sekitarnya dikategorikan sebagai unik serta jarang ditemui.

Keunikan itu memberikan gambaran bahawa spesies terumbu karang di Pulau Weh mempunyai campuran baka daripada terumbu karang yang wujud di Lautan Pasifik, Lautan Hindi dan di laut Indonesia sendiri.

Kepelbagaian spesies batu karang yang terdapat di Pulau Weh juga mempunyai persamaan seperti yang terdapat di Pulau Halmahera, Maluku Utara.

Pulau Halmahera merupakan habitat bagi kira-kira 130 spesies terumbu karang dan menjadi antara lokasi popular kawasan batu karang tercantik di laut Indonesia.

Jika dibandingkan dengan beberapa kawasan lain di Indonesia, terumbu karang yang terdapat di Pulau Weh adalah lebih unik dan cantik serta mempunyai persamaan dengan batuan karang yang terdapat di Laut Andaman.

Jika Pulau Weh dianggap sebagai wakil Laut Andaman, terumbu karang yang wujud di kawasan itu seharusnya dilindungi secara bersama oleh beberapa negara termasuk Indonesia, India, Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Frekuensi


SETIAP bulan, banyak kapal pesiaran membawa pelancong berlabuh di Pelabuhan Sabang.


Menurut Ketua BPKS, Fauzi Husin, pihaknya mengambil beberapa langkah utama dalam usaha menjadikan wilayah Aceh sebagai lokasi pelancongan antarabangsa.

"Kami sentiasa mempromosikan Pulau Weh di Sabang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa seterusnya mampu untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing ke wilayah ini.

"Selain itu, frekuensi kedatangan kapal pesiaran antarabangsa ke Sabang tahun ini turut menunjukkan peningkatan dan kami menjangkakan sebanyak 30 kapal pesiaran akan berlabuh di sini, ceritanya.

Tambah Fauzi, jumlah kedatangan pelancong asing ke Sabang semakin meningkat setiap tahun dan beberapa kemudahan infrastruktur perlu dibangunkan segera bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

Menerusi promosi yang begitu giat dijalankan, Aceh kini sudah bersedia menerima kedatangan jutaan pelancong antarabangsa pada tahun ini terutamanya ke Pulau Weh di Sabang.

Sabang menjadi taruhan utama bagi menarik jutaan pelancong ke Aceh berikutan keadaan pantai dan alam semula jadi yang begitu cantik serta masih terpelihara dengan baik.

Jumlah pelancong asing yang melawat Sabang pada setiap tahun juga terus meningkat dan ini membuktikan bahawa promosi pelancongan yang dilaksana disifatkan sebagai berjaya.

Selain itu, Lapangan Terbang Sabang yang mengendalikan penerbangan terus dari Medan ke kepulauan tersebut turut memberikan kelebihan kepada pelancong.

Peningkatan bilangan kapal pesiar antarabangsa yang tiba di Sabang dengan membawa beribu-ribu pelancong daripada pelbagai negara turut menyumbang kepada peningkatan bilangan ketibaan pelancong ke Pulau Weh.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32