TERKINI

Peniaga pasar minggu maut dalam kemalangan

Peniaga pasar minggu maut dalam kemalangan

13/08/2017 7:07pm


Seorang peniaga maut manakala dua cedera apabila kenderaan jenis Perodua Rusa yang dipandunya terbabas selepas dirempuh kereta Honda Civic.


KOTA KINABALU - Seorang peniaga maut manakala dua cedera apabila kenderaan jenis Perodua Rusa yang dipandunya terbabas selepas dirempuh kereta Honda Civic di Jalan Tuaran Bypass, Kampung Darau di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.12 pagi itu, mangsa 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang lelaki warga emas, 55, yang turut menaiki Perodua Rusa tersebut mengalami kecederaan pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, difahamkan sebelum kejadian pemandu kereta Honda Civic LC dalam perjalanan ke UA Apartment dari bandar raya Kota Kinabalu.

Sementara itu, mangsa pula memandu dari arah Kampung Warisan menuju ke pasar minggu Tuaran dekat sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta Honda Civic hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang kenderaan mangsa.

"Akibatnya, Perodua Rusa terbabas ke kiri jalan sehingga menyebabkan mangsa bersama anak saudara dan sepupunya tercampak keluar dari kenderaan terbabit," katanya hari ini.

Siasatan awal mendapati pemandu Honda Civic terbabit disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal kenderaannya dengan baik sehingga berlakunya kemalangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31