TERKINI

Nothing To Hide 2.0 dicemari balingan mercun suar

Nothing To Hide 2.0 dicemari balingan mercun suar

13/08/2017 10:25pm


Pembakar suar sewaktu Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7 di sini hari ini.


SHAH ALAM - Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7 di sini bertukar kecoh dengan dicemari insiden balingan kerusi dan mercun suar daripada penonton.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku sewaktu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab soalan mengenai tragedi Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Situasi dimulakan dengan balingan selipar, kasut dan botol sebelum disusuli dengan balingan kerusi dan mercun suar ke arah Mahathir dan barisan pemimpin tertinggi Pribumi serta para penonton. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31