TERKINI

Mahkamah Tinggi Alor Setar tolak dengar permohonan semakan semula reman Exco Pulau Pinang

Mahkamah Tinggi Alor Setar tolak dengar permohonan semakan semula reman Exco Pulau Pinang

13/08/2017 6:07pm


Phee Boon Poh (tengah)


ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak untuk mendengar permohonan semakan semula penahanan reman Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan dua lagi individu selama lima hari bermula semalam.

Dua individu itu ialah pemilik kilang memproses serbuk kayu haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berusia 70 tahun dan anak lelakinya berusia 37 tahun.

Permohonan tersebut difailkan peguam mewakili Boon Poh iaitu Ram Karpal Singh dan RSN Rayer manakala dua beranak tersebut diwakili Dev Kumaraendran.

Hakim, Datuk Hashim Hamzah ketika membacakan keputusannya berkata, beliau berpendapat permohonan tersebut sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

"Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, saya berpendapat bahawa permohonan ini sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai forum yang sesuai untuk mendengar permohonan ini," katanya.

Terdahulu, Hashim mendengar hujahan daripada barisan peguam tersebut dan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi di sini untuk mendengar permohonan berkenaan. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31