TERKINI

Kutipan tol elektronik di Lebuh Raya Pantai Timur esok

Kutipan tol elektronik di Lebuh Raya Pantai Timur esok

13/08/2017 5:08pm


Gambar hiasan.


KUANTAN - Bemula detik 12 tengah hari esok, kesemua 19 plaza tol di lebuh raya yang menghubungkan Karak dan Kuala Terengganu akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya, sekali gus mencipta sejarah baharu negara apabila tiada lagi kutipan tunai tol di lebuh raya di negara ini. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 merupakan dua lebuh raya paling akhir melaksanakan ETC di negara ini.

Bagi syarikat pemegang konsensi LPT1, Anih Berhad (Anih), persediaan rapi telah dibuat sejak awal lagi untuk memastikan semua sembilan plaza tol di lebuh raya tersebut iaitu Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor bersedia dengan sistem kutipan baharu itu. "Kesemua 57 laluan di plaza tol terbabit sudahpun dilengkapi sistem ETC sama ada Touch 'n Go mahupun SmartTAG," kata Naib Presiden II dan Timbalan Ketua Pengurusan Tol Anih, Ismaliza Ibrahim kepada Bernama.

Menurutnya, sebagai pengendali lebuh raya antara yang paling sibuk di negara ini, Anih turut memastikan kesemua warga kerjanya bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuk golongan pengguna jalan raya yang 'alah' dengan penggunaan teknologi baharu itu. - Bernama

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31