TERKINI

Imigresen kesan pemalsuan E-Kad

Imigresen kesan pemalsuan E-Kad

13/08/2017 1:28pm


Mustafar (tengah) ketika Majlis Interaksi dan Amanat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Depoh Imigresen Tanah Merah hari ini.


TANAH MERAH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendedahkan terdapat lebih 50 sindiket yang terlibat dalam kegiatan pemalsuan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sindiket ini didalangi warga asing dan tempatan yang mengenakan bayaran daripada RM1,000 hingga RM4,000 bagi setiap kad.

"Memang ada kes penipuan E- Kad yang dicetak oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pemalsuan bukan sahaja pada bilangan kad tetapi ia termasuk orang yang menjadi ejen yang mengendalikan proses tersebut.

"Kita telah mengesan pemalsuan E-Kad ini menerusi operasi yang dijalankan selepas tempoh permohonan tamat pada 30 Jun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Interaksi dan Amanat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Depoh Imigresen Tanah Merah, di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31