TERKINI

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun

13/08/2017 9:56am


Banjir di Melaka semakin pulih - Gambar hiasan.


MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 94 orang mangsa setakat pukul 8 pagi ini berbanding 98 orang malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa daripada 24 keluarga itu masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah.

Beliau berkata, semua mangsa berasal dari tiga kampung yang terjejas iaitu Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin serta Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Setakat ini tiga pusat pemindahan masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di Jasin serta Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Tehel adalah seramai 67 orang daripada 18 keluarga manakala di Balai Raya Seri Mendapat adalah seramai 10 orang melibatkan dua keluarga," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, jumlah mangsa banjir di Balai Raya Kampung Seri Jeram pula adalah seramai 17 orang daripada empat keluarga. - Bernama

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 31