NEGARA

Pengutip barang terpakai maut dipanah petir

Pengutip barang terpakai maut dipanah petir

HULU TERENGGANU – Seorang pengutip barangan terpakai ditemui mati akibat di panah petir di kawasan pembuangan sampah di Batu 22, Jalan Kuala Berang-Ajil di sini kelmarin.

Mayat Sabri Mat Junoh, 51, dari Kampung Merbau Pulas, Ajil dekat sini ditemui di kawasan pembuangan sampah itu pada pukul 7.25 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, mayat Sabri dijumpai dalam keadaan terlentang berhampiran sebuah pondok di kawasan pembuangan sampah tersebut oleh ahli keluarganya.

“Ahli keluarganya mencari mangsa selepas hujan lebat yang melanda daerah ini reda petang semalam (kelmarin) kerana terlalu risaukan mangsa yang tidak pulang ke rumah seperti biasa pada pukul 5 petang.

“Biasanya mangsa yang mencari rezeki mencari barangan terpakai di kawasan pembuangan sampah tersebut bermula pada pukul 8 pagi setiap hari akan pulang ke rumah tepat pada masanya,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 32