NEGARA

3 prinsip penentu kejayaan UMNO

3 prinsip penentu kejayaan UMNO


NAJIB (tengah) melihat model rumah Projek Perumahan Rakyat sempena lawatan kerja ke Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang, Kelantan semalam.


MACHANG – Roh perjuangan yang ikhlas untuk rakyat, barisan ke­pimpinan padu dan taat kepada pemimpin adalah tiga prinsip utama yang menentukan kejayaan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perjuangan yang berasaskan balas dendam, kekecewaan dan material pasti menemui kegagalan.

“Kalau perjuangan itu berdasarkan roh perjuangan yang suci untuk melakukan sesuatu yang terbaik, maka insya-Allah akan berkat perjuangan kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini semalam.

Najib yang juga Presiden UMNO turut berharap akan berlaku perubahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 berbanding pilihan raya sebelum ini memandangkan sokongan terhadap UMNO dan BN di negeri itu bertambah baik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 79