HIBURAN

Beyonce gigih kuruskan badan

Beyonce gigih kuruskan badan


BEYONCE


FIGURA popular Hollywood, Beyonce dilaporkan gigih untuk kembali mendapatkan berat badan ideal sebaik melahirkan anak kembarnya, Rumi dan Sir Carter pada Jun lepas.

Portal E! News melaporkan, Beyonce dilihat bekerja keras di gimnasium sambil ditemani suami, Jay-Z dan rakan baiknya, Kelly Rowland.

Sebelum ini, berat badan pelantun lagu Hold Up itu dilaporkan naik mendadak selepas melahirkan anak.

“Mereka dilihat bersungguh-sungguh menjalani latihan di gimnasium sehingga berpeluh-peluh dibuatnya. Mood mereka juga dilihat cukup baik meskipun kepenatan,” ujar satu sumber kepada portal berkenaan.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31