TERKINI

Warga emas mati dikelar anak sendiri

Warga emas mati dikelar anak sendiri

12/08/2017 8:54pm


Mangsa ditemui di bahagian dapur rumahnya dalam keadaan berlumuran darah.


KULAI - Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di bahagian dapur rumahnya selepas dipercayai dibunuh anak lelaki sendiri dalam satu kejadian di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mayat wanita berusia 69 tahun itu ditemui anak lelaki bongsunya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Difahamkan, anak lelakinya itu baru sahaja pulang dari tempat kerja di Singapura sebelum bergegas membuat laporan polis.

Wanita yang mempunyai tiga orang anak itu dipercayai cedera di bahagian muka dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md. Said mengesahkan kejadian berkenaan berlaku dan memberitahu siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang dijalankan.

Katanya, anak lelaki kepada mangsa yang berusia 30 tahun itu bagaimanapun telah ditahan kira-kira pukul 1 petang hari sama di sekitar kawasan rumahnya.

"Hasil semakan mendapati, suspek pernah menjalani rawatan sakit mental di Hospital Tampoi, Johor Bahru. Motif kejadian sedang disiasat," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47