TERKINI

SPRM sita 10 juta tan bauksit di Pahang

SPRM sita 10 juta tan bauksit di Pahang

12/08/2017 8:33pm


Penyitaan bauksit meliputi seluruh simpanan stok yang berada di tanah-tanah kerajaan dan persendirian. - Gambar fail


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyita keseluruhan simpanan stok bauksit di Pahang berjumlah lebih 10 juta tan metrik bagi membantu siasatan terhadap isu perlombongan bauksit haram.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, penyitaan itu dibuat bagi menghalang bahan tersebut daripada dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau apa-apa tujuan lain.

"Tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh simpanan stok yang berada di tanah-tanah kerajaan dan persendirian di kawasan yang telah dikenal pasti di negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan mana-mana pihak yang melanggar notis arahan penyitaan tersebut melakukan kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta sama.

Sehingga kini, katanya, dianggarkan terdapat lebih 10 juta tan metrik bauksit yang telah pun dilombong serta disimpan di beberapa lokasi di Pahang. - Bernama

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 32