TERKINI

Yakin wabak rabies terkawal menjelang akhir Ogos

Yakin wabak rabies terkawal menjelang akhir Ogos

12/08/2017 8:01pm


Tiada sampel positif penyakit rabies sejak 24 Julai lalu.


KUCHING - Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam yakin wabak rabies 90 peratus terkawal menjelang akhir Ogos ini memandangkan tiada lagi sampel yang positif penyakit berkenaan sejak 24 Julai lalu.

Beliau berkata, pengawalan populasi anjing liar dan terbiar terpaksa dilakukan walaupun terdapat pelbagai halangan kerana statusnya tidak dapat dipastikan, sama ada ia dijangkiti atau tidak.

"Semua ini terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan nyawa manusia," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai veterinar dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia di Bilik Operasi Jabatan Veterinar Sarawak di sini hari ini.

Katanya, penubuhan zon penampan adalah komitmen jangka masa panjang kerana ia melibatkan tambahan tenaga kerja dan kos, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan jarak 300 hingga 400 kilometer.

"Kerjasama dan maklumat dari Kalimantan Barat, Timur dan Utara juga perlu diperoleh untuk tujuan tersebut," tambah beliau. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 32