TERKINI

Banjir di Melaka: Mangsa menurun kepada 240 orang

Banjir di Melaka: Mangsa menurun kepada 240 orang

12/08/2017 7:53pm


Sebahagian penduduk membersihkan rumah mereka selepas dilanda banjir semalam.


MELAKA - Keadaan banjir di Melaka beransur pulih apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 240 orang setakat pukul 5 petang tadi berbanding 311 pada tengah hari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa daripada 60 keluarga itu masih ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir di daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Beliau berkata, tiga lagi pusat pemindahan telah ditutup setakat pukul 2.15 petang tadi iaitu Balai Raya Peringgit, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Paya Ikan dan Balai Raya Pengkalan Batu melibatkan 71 mangsa daripada 20 keluarga yang telah dibenarkan pulang berikutan cuaca cerah berterusan hari ini.

"Jumlah mangsa di empat pusat pemindahan lain membabitkan dua daerah di Melaka Tengah tidak berubah iaitu 139 mangsa dengan 35 keluarga di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah di Batu Berendam dan Surau Bukit Baru (13 mangsa, dua keluarga)," katanya dalam kenyataan di sini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka itu berkata, mangsa di Sekolah Kebangsaan Tehel di Jasin (71 mangsa, 19 keluarga) dan Balai Raya Kampung Seri Jeram, Alor Gajah (17 mangsa, empat keluarga) juga masih kekal.

"Meskipun banjir beransur pulih namun satu pusat pemindahan baharu dibuka dan jumlah mangsa dan keluarga masih belum dikenal pasti berikutan petugas masih dalam proses mendaftarkan mangsa-mangsa yang terlibat.

"Kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak pagi semalam," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31