TERKINI

Anak Exco Kedah maut kemalangan

Anak Exco Kedah maut kemalangan

12/08/2017 6:57pm


Aminuddin (tengah) tidak dapat menahan kesedihan sebaik melihat mayat anak lelakinya yang maut dalam kemalangan di Changlun hari ini.


JITRA - Dua lelaki termasuk anak lelaki kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah, Datuk Aminuddin Omar terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Utara-Selatan di Changlun dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, anak Aminuddin, Irfan, 20, dan seorang lagi mangsa, Wan Khuzairi Wan Chik, 27, maut di tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.30 petang tadi.

"Sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, kita dapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas telah merempuh sebatang pokok

"Dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 3219