TERKINI

Laluan Senawang-Pedas Linggi dibuka berperingkat di kedua-dua arah

Laluan Senawang-Pedas Linggi dibuka berperingkat di kedua-dua arah

12/08/2017 5:53pm


Laluan dibuka secara berperingkat sejak 4 petang tadi.


SEREMBAN - Laluan di antara Senawang dan Pedas Linggi di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang ditutup sementara ekoran tumpahan bahan kimia telah dibuka semula secara berperingkat kepada semua kenderaan mulai pukul 1.10 tengah hari tadi.

Jurucakap PLUS dalam satu kenyataan ringkas hari ini berkata, setakat pukul 4 petang tadi, lorong kiri dan tengah bagi kedua-dua arah telah dibuka, sementara lorong kanan di kedua arah masih terhalang.

"Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin menghala ke utara dan selatan kini boleh menggunakan laluan terbabit seperti biasa.

"Pengguna lebuhraya juga dinasihatkan mengikuti perkembangan trafik terkini melalui Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile, aplikasi Waze atau Google Map," katanya.

Laluan lebuh raya PLUS di antara Senawang-Pedas Linggi ditutup kedua-dua arah selama sembilan jam bermula pukul 3.30 pagi tadi berikutan insiden kemalangan yang membabitkan sebuah lori tangki dan sebuah kereta di KM251.6 berhampiran susur keluar tol Senawang.

Kemalangan tersebut menyebabkan pemandu lori tangki maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31