TERKINI

Lelaki maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai akibat serangan jantung

Lelaki maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai akibat serangan jantung

12/08/2017 5:08pm

Kereta yang dipandu seorang lelaki malam tadi.


SHAH ALAM - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di Persiaran Monfort di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Ab Azizi Ab Rahman, 59, disahkan meninggal dunia di dalam kereta terbabit oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian mangsa yang memandu sendirian MPV terbabit dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Subang.

"Bagaimanapun, setibanya dilokasi kejadian, mangsa dipercayai telah mengalami serangan jantung sebelum kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan.

"Orang ramai yang kebetulan berada dilokasi kejadian telah menemui mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam kereta terbabit. Mereka kemudiannya menelefon pasukan perubatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

"Mayat mangsa telah pun dituntut oleh ahli keluarga dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,"ujarnya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 32