TERKINI

Sultan Selangor hadir pengebumian pemilik Kuzie Katering

Sultan Selangor hadir pengebumian pemilik Kuzie Katering

12/08/2017 2:14pm


Sultan Sharafuddin menyiram air di pusara Pak Engku.


SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menghadiri upacara pengebumian jenazah pemilik Kuzie Katering Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku di Makam Diraja Shah Alam di sini.

Sultan Selangor tiba di makam itu kira-kira 10.40 pagi diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda semalam telah memperkenankan supaya jenazah Pak Engku dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Kira-kira 300 anggota keluarga, kenalan serta rakan artis turut hadir pada upacara pengebumian itu.

Jenazah Pak Engku selamat disemadikan kira-kira 11 pagi dan bacaan talkin disempurnakan imam Masjid Istana Alam Shah Mohd Rasid Mahful. - Bernama

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31