TERKINI

Boon Poh direman lima hari, mohon direman depan majistret

Boon Poh direman lima hari, mohon direman depan majistret

12/08/2017 1:13pm


Boon Poh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town di sini tadi untuk mendapat perintah tahanan reman ke atasnya.


GEORGE TOWN - Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh direman selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Permohonan perintah reman itu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melakukan siasatan lanjut berhubung aduan penduduk mengenai sebuah kilang haram yang beroperasi sejak lebih 10 tahun dalam kawasan guna tanah pertanian di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di Seberang Perai dekat sini.

Turut direman selama lima hari ialah pemilik kilang iaitu lelaki berusia 70 tahun dan anak lelakinya berusia 37 tahun.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Ameera Mastura Khamis.

Bagaimanapun, peguam mereka, Ramkarpal Singh memohon perintah reman tersebut ditangguhkan dan meminta dikeluarkan oleh Majistret yang dijangka dibuat petang ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu hadir bersama kedua-dua suspek sambil diiringi pegawai SPRM dengan memakai baju lokap berwarna jingga kira-kira pukul 10.10 pagi.

Turut hadir di perkarangan mahkamah ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersama-sma beberapa wakil rakyat DAP dan PKR serta kira-kira 30 penyokong. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31