TERKINI

Trafik sesak di lokasi kemalangan babitkan lori bawa asid

Trafik sesak di lokasi kemalangan babitkan lori bawa asid

12/08/2017 1:36pm


Kelihatan kren digunakan untuk mengangkat sebuah lori yang terbalik berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang 10 km di lebuh raya PLUS menghala Selatan.


SEREMBAN - Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan masih sesak ekoran kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki yang membawa muatan asid kimia dan sebuah kenderaan di KM 256 berhampiran tol Senawang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kesemua laluan di kedua-dua arah masih ditutup bagi kerja-kerja membersihkan sisa tumpahan bahan kimia itu.

Tinjauan Bernama di lebuh raya berkenaan mendapati kesesakan berlaku sepanjang kira-kira 10 kilometer.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 3 pagi itu menyebabkan pemandu lori berkenaan, Surazru Mohamed Sakeri, 37, dari Manek Urai, Kelantan, maut manakala dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Toyota Vios cedera parah.

Mayat pemandu lori dan dua mangsa yang cedera itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Tinjauan juga mendapati kren digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan lori terbabit dari lokasi kemalangan.

Operasi pembersihan dibantu beberapa agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar dan peronda lebuh raya utara selatan PLUS. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47