TERKINI

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan di Senawang

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan di Senawang

12/08/2017 1:40pm


Anggota bomba memeriksa lori tangki yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.


SEREMBAN - Seorang lelaki maut, manakala dua wanita cedera ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan asid jenis Ethyl Acetate dan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 251.6 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi tersebut, lori tangki berkenaan terbalik dan menumpahkan 25,000 liter asid di lebuh raya itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah di lokasi kejadian terpaksa ditutup sementara sejak pukul 4 pagi.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori tangki berkenaan, Surazru Mohamed Saker, 37, manakala dua wanita yang menaiki Toyota Vios dan mengalami kecederaan dalam kemalangan itu merupakan pelajar sebuah sebuah universiti swasta di Melaka masing-masing berusia 19 tahun dan 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori tangki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor tiba-tiba hilang kawalan dan bergerak secara merbahaya sewaktu tiba di lokasi kejadian.

"Toyota Vios yang berada di belakang lori tangki berkenaan tidak sempat mengelak melanggar belakang lori tangki itu menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali sehingga ke penghadang besi pembahagi lebuh raya.

"Lori tangki itu turut melanggar penghadang besi pembahagi lebuh raya. Pemandu lori tangki tersebut dipercayai melompat keluar bagi menyelamatkan diri, tetapi mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sulizmie Affendy berkata, mayat mangsa yang maut dihantar Hospital Tuanku Ja' afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menyembur cecair "foam" keatas asid yang tumpah dari tangki lori tersebut sebagai langkah keselamatan.

Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik ke arah selatan sejauh beberapa kilometer dari tempat kejadian dan kerja-kerja pembersihan mengambil masa lebih 12 jam.

"Seramai 20 anggota dari Balai Bomba Senawang, Seremban 2 dan Rembau termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bersama beberapa jentera bergegas ke lokasi kemalangan apabila menerima panggilan kecemasan pada pukul pagi 3.22 pagi dan tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31