DUNIA

China perlu neutral

China perlu neutral


TRUMP (tengah) bercakap dalam sidang akhbar di kelab golf miliknya di Bedminster, New Jersey kelmarin. - REUTERS


BEIJING – China perlu kekal neutral sekiranya Korea Utara melancarkan serangan yang mengancam Amerika Syarikat (AS), kata akhbar pemerintah negara berkenaan semalam.

Akhbar Global Times memberi amaran berhubung rancangan Pyongyang melancarkan peluru berpandu menyasarkan Pulau Guam, wilayah milik AS di Lautan Pasifik.

Komen Global Times disiarkan selepas Presiden Donald Trump mengulangi amaran terhadap Korea Utara kelmarin. Beliau berkata, ancaman sebelum ini untuk membalas dengan ‘api dan kekerasan’ sekiranya Pyongyang berani melancarkan serangan ke atas wilayah AS dianggap masih tidak cukup keras.

China yang merupakan sekutu paling utama selain rakan perdagangan terbesar Korea Utara berulang kali menggesa Pyongyang dan Washington supaya bertenang.

Beijing menyuarakan kekecewaan ekoran tindakan Pyongyang berulang kali melancarkan ujian peluru berpandu dan nuklear diikuti tindakan Korea Selatan dan AS mengadakan latihan tentera di Semenanjung Korea.

“China perlu menjelaskan sekiranya Korea Utara terlebih dahulu melancarkan peluru berpandu yang mengancam tanah air AS dan Washington menyerang balas, maka Beijing tidak akan memihak kepada Pyongyang.

“Sebaliknya, jika AS dan Korea Selatan melancarkan serangan dan cuba menggulingkan rejim Korea Utara untuk mengubah status quo di Semenanjung Korea, maka, China akan bertindak untuk menghalang mereka,” kata akhbar Global Times.

Agensi berita Korea Utara, KCNA berkata kelmarin bahawa tentera negara itu melaksanakan rancangan untuk melancarkan empat peluru berpandu jarak sederhana berhampiran Guam pada pertengahan Ogos ini.

Mengulas perkembangan itu, Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis memberitahu wartawan bahawa Washington masih memilih pendekatan diplomatik berhubung ancaman Korea Utara kerana perang katanya, akan membawa kemusnahan besar.

Namun, apabila ditanya sama ada AS sedia berperang dengan Korea Utara, beliau menjawab: “Kami sudah bersedia.” – REUTERS

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 32