AURA JUITA

Impak optimum Set Bersalin Tradisi

Impak optimum Set Bersalin Tradisi


Set Bersalin Tradisi mengandungi lapan produk lengkap bagi wanita berpantang dan bayi.


Wanita yang baru bersalin memerlukan penjagaan rapi, bukan sahaja untuk kesihatannya, malah bagi mendapatkan kembali bentuk tubuh asal.

Penjagaan kesihatan yang sempurna membantu mereka untuk kekal bertenaga serta tampak menawan dan berseri, sekali gus menawan kembali hati pasangan masing-masing.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, proses berpantang adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia membantu memperbaiki keadaan tubuh selepas proses kehamilan dan kelahiran.

Katanya, ia juga membantu mereka untuk membuang lebihan angin di dalam badan bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti bentan, kenaikan berat badan, buncit, hormon tidak seimbang serta memudahkan golongan wanita terkena penyakit terutamanya bagi yang berusia 40 tahun ke atas.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan kembali tubuh badan asal selepas bersalin boleh menggunakan Set Bersalin Tradisi 8 Dalam 1 Jamu Jelita yang membantu keperluan ibu dan bayi.

“Produk itu mengekalkan konsep tradisional dalam setiap produk untuk kesan yang lebih baik,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Siti Maryam, set bersalin tersebut mengandungi Air Selusuh yang membantu memudahkan proses bersalin, yang mana ia merupakan amalan tradisional masyarakat tempatan.

Katanya, ia perlu diminum beberapa hari sebelum bersalin dan boleh dicampurkan sedikit dalam air mandian pengguna.

“Jus Tradisi Wanita yang mengandungi 16 herba terpilih pula menambahkan tenaga wanita berpantang, selain membantu meningkatkan kuantiti susu serta mengurangkan luka akibat bersalin.

“Minyak Selesa yang mengandungi minyak buah pala, kayu manis dan jintan baik untuk ibu dan bayi. Ia membantu mengurangkan angin dalam badan, sekali gus mengurangkan masalah kembung perut.


Bengkung Tradisi mudah untuk digunakan oleh wanita berpantang.


“Ia juga memberikan keselesaan kepada bayi. Sapukannya pada sendi, urat, perut, tapak kaki dan tangan bayi selepas mandikannya,” katanya.

Siti Maryam berkata, Rendaman Herba Manjakani pula membantu menyingkirkan kotoran dalam badan dan ia boleh diamalkan menggunakan tiga cara iaitu secara bertangas, rebusan dan rendam cebukan.

Ujar beliau, Sabun Nyaman yang berfungsi sebagai param pula mengekalkan kehangatan tubuh wanita serta membersihkan kotoran dan ia perlu digunakan sebagai sabun mandian.

“Serbuk Nyaman yang merupakan produk pilis pula membantu mengurangkan masalah seperti angin dalam badan dan membantu memberi kesegaran kepada pengguna. Campurkannya dengan sedikit air dan sapukan pada dahi selepas mandi.

“Set bersalin itu juga mengandungi Tungku Herba Tradisi yang berfungsi mengurangkan angin dan mengempiskan perut, selain didatangkan dengan Balm Hangat Berherba + Kolagen yang memberikan kehangatan kepada tubuh pengguna.

“Sapukannya sedikit demi sedikit pada tubuh pengguna sehingga rasa kehangatan yang selesa sebelum memakai bengkung,” katanya.

Tambah Siti Maryam, dengan gabungan Bengkung Tradisi, ia meningkatkan kesan pemakaian Set Bersalin Tradisi 8 Dalam 1 Jamu Jelita seperti membantu melangsing, mengempis serta membentuk tubuh pengguna.

“Bengkung itu masih lagi mempunyai ciri-ciri tradisional yang memberikan impak pelangsingan optimum. Ia terdiri daripada dua lapis kain belacu, sekali gus memastikan ia lebih cengkam pada tubuh serta tidak mudah bergulung dan mengembang.

“Set bersalin tersebut dijual pada harga RM169.90 manakala Bengkung Tradisi yang dijual secara berasingan pada harga RM37.90,” katanya.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 62